Thursday, December 24, 2009

UNTUKMU ANAK-ANAK STELLA

Anak-anak Stella
Berjasalah pada Nusa dan Bangsa
Melangkah ke hadapan dengan bertenaga
Semalam jadikan sejarah, jangan dilupa
Untuk pedoman di hari muka..

Anak-anak Stella
Tidak diminta jasa dikenang
Cukup sekadar senyuman jika terpandang

Anak-anak Stella
Bertapa pilu seorang guru
Jika kami tidak diperlu
Ketahuilah anak-anakku
Tanpa guru, tiadalah ilmu..

Anak-anak Stella
Marah bukan kerna benci
Sedih tanda simpati
Niat ikhlas dipandang sepi
Namun bergitu jangan dicaci

Anak-anak Stella
Bangunlah, lihatlah alam sekeliling
Berfikirlah dengan tenang
Bertindak penuh matang

Anak-anak Stella
Doa kami iringi langkah kalian...........

zaida 09'

No comments:

Post a Comment

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2007

PERKASA BERJAYA HOTEL PENANG

JAMUAN AKHIR TAHUN 2007

BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2007